Gara-gara Perodua Myvi belok tiba-tiba, rider penghantar makanan kemalangan

2340

Kisah mengenai Perodua Myvi sering kali menjadi perhatian dan menarik minat warganet, terutama jika pemandunya melakukan aksi-aksi pelik seperti terbang, lawan arus, dan sebagainya.

Baru-baru ini, topik ini kembali menjadi bualan warganet apabila sebuah King of Highway itu membelok secara tiba-tiba dan menyebabkan seorang penunggang penghantar makanan kemalangan dan jatuh motosikal.



Menerusi video yang tular di laman TikTok, penghantar makanan itu dilihat membrek secara mengejut sebelum hilang kawalan dan terjatuh semata-mata mahu mengelak melanggar Myvi itu.

myvi lajak

Pemandu Myvi tersebut segera memberhentikan kenderaan setelah menyedari penghantar makanan itu sudah terjatuh, manakala seorang lelaki yang turut berada berhampiran di tempat kejadian turut bergegas bagi membantu penghantar makanan yang terjatuh itu.

Video pendek berdurasi kurang dari 30 saat ini telah menjadi bualan warganet kenapa pemandu Myvi tersebut mengambil lajak terlalu jauh untuk masuk ke simpang kiri.

@bang_merah

Bila bawak myvi mmg auto kena rasuk ke😮‍💨##king##malaysia##Myvi##buathalsendiripasni

♬ Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) – Dominik Hauser

Kejadian ini difahamkan berlaku di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Semoga penghantar makanan tersebut dan pemandu Myvi itu telah menyelesaikan perkara ini dengan baik memandangkan tiada pelanggaran teruk berlaku di antara kedua-dua belah pihak sewaktu kejadian.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here