Toyota Land Cruiser 300 jadi kenderaan baharu dalam armada polis Dubai

1065

Pasukan polis Dubai baru-baru ini menambah Toyota Land Cruiser 300 ke dalam armada mereka.

Perkara ini bukanlah suatu yang pelik, kerana sebelum ini pasukan mereka turut menggunakan beberapa kenderaan mewah yang lain seperti Lamborghini Aventador, Nissan GT-R, Aston Martin One-77, Bugatti Veyron, dan Genesis GV80.



Berdasarkan gambar yang tular, Toyota Land Cruiser 300 itu turut disertakan dengan penampilan yang sama, iaitu warna badan putih yang digabungkan dengan kemasan hijau.

Selain itu, SUV tersebut dilengkapi pengesan multi-terrain 3D yang membolehkan pemandu mengenal pasti permukaan jalan. Menurut satu laporan, jentera ini akan segera dimasukkan ke dalam armada Polis Dubai dan 50 unit telah diserahkan.

Toyota Land Cruiser 300

Toyota Land Cruiser 300 dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 twin-turbo yang mampu menghasilkan 409hp dan tork 650Nm tork. Toyota juga ada menawarkan varian enjin diesel 3.3-liter V6 twin-turbo yang mampu menjana 304hp dan tork 700Nm.

SUV itu dikatakan 200kg lebih ringan berbanding model sebelumnya. Ia turut dilengkapi pelbagai sistem keselamatan terkini termasuklah Toyota Safety Sense (TSS). 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here