Genesis GV80 2021 sebagai kereta peronda terkini polis Dubai

1218

Pasukan polis Dubai menggunakan beberapa kenderaan terbaik yang pernah dihasilkan, dan baru-baru ini Genesis GV80 2021 telah ditambah dalam armada mereka.

SUV mewah tersebut dihantar oleh pengedar rasmi Genesis di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Juma Al Majid Est, dan akan digunakan untuk kegiatan rondaan di jalan raya.



“Kami bangga bekerjasama dengan pihak polis Dubai dalam pelbagai inisiatif yang bertujuan menyebarkan kesedaran di semua segmen masyarakat mengenai keselamatan lalu lintas,” kata pengarah Genesis UAE, Suliman AlZaben.

“Kami berharap Genesis GV80 2021 yang berteknologi tinggi ini menyumbang untuk memudahkan operasi pihak polis Dubai dan memberikan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai,” tambahnya.

Genesis GV80 2021

Sama seperti armada supercar menakjubkan yang digunakan oleh polis di Dubai, Genesis GV80 2021 turut disertakan dengan penampilan yang sama, iaitu warna badan putih yang digabungkan dengan kemasan hijau.

Walau bagaimanapun, modifikasi lain tidak dilakukan pada SUV ini, seperti lampu kecemasan pada bumbung, spotlight, dan beberapa peralatan yang digunakan pada kereta peronda yang lain.

Genesis GV80 2021

Untuk makluman, Genesis GV80 2021 dijual di Amerika Syarikat dalam tiga varian yang berbeza dengan harga bermula dari USD48,900 (RM202,568).

Varian standard dilengkapi dengan enjin 2.5-liter 4-silinder turbo yang mampu menghasilkan 300hp dan 422Nm tork serta transmisi automatik 8-kelajuan. Versi pacuan semua roda (AWD) dari varian ini dijual pada USD54,650 (RM226,387).

Varian tertinggi dalam model ini ialah 3.5T, diamana ianya hadir dengan enjin V6 3.5-liter twin-turbo yang mampu menghasilkan sehingga 376hp dan 530Nm tork. Varian ini dijual pada harga USD59,650 (RM247,100).

Varian ini digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan, pacuan semua roda (AWD) dan dan satu-satunya varian yang tersedia dengan tempat duduk untuk tujuh orang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here