Penumpang angkot di Indonesia sempat bayar tambang sebelum meninggal dunia

1302

Seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pengangkutan awam (angkot) di jalan Pandeglang-Serang, bandar Serang, Jawa, Indonesia pukul 3:30 petang, semalam.

penumpang angkot

Pemandu kenderaan awam itu, Herman berkata, kejadian berlaku di belakang pasar raya Carrefour, Jalan Jendral Ahmad Yani.



Katanya, sebahagian besar penumpang sudah turun di Kebon Jahe dan hanya tinggal seorang penumpang perempuan berusia 52 tahun yang duduk di kerusi hadapan di sebelahnya.

“Ketika memasuki Kota Serang, mangsa memaklumkan dia ingin tidur dan sempat membayar wang sebanyak 10,000 rupiah (RM2.90) terlebih dahulu.

penumpang angkot

“Wanita itu malah memesan kepada saya supaya dikejutkan daripada tidur sekiranya sudah sampai di Ceceri, Kota Serang,” katanya.

Menurutnya, selepas tiba di destinasi dia berusaha mengejutkan wanita itu, namun, tiada sebarang respons diberikan.

Dia malah berasa terkejut dengan kejadian itu dan meminta pertolongan penduduk setempat mengejutkan wanita itu. Namun, ternyata wanita itu sudah meninggal dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here