Helikopter Subaru Bell 412EPX mulakan khidmat dengan agensi polis nasional Jepun

1694

Subaru Corporation telah mula membuat serahan helikopter Subaru Bell 412EPX kepada Japan National Police Agency.

Ini juga menandakan serahan pertama di dunia untuk 412EPX itu yang merupakan versi naik-taraf terkini bagi siri Bell 412. Ianya projek hasil kerjasama Subaru dan Bell, anak syarikat Textron Inc.



Helikopter ini akan digunakan oleh Iwate Prefectural Police untuk misi kepada masyarakat setempat selepas latihan juruterbang dan penyelenggaraannya selesai di fasiliti Subaru Aerospace Company.

Subaru Bell 412EPX direka untuk beroperasi di situasi cuaca mencabar dan akan menyokong aktiviti polis, pemadaman kebakaran, bencana alam, serta misi bantuan untuk negara-negara memerlukan.

Pesawat ini juga akan digunakan sebagai rekabentuk asas untuk UH-2, helikopter pelbagai guna generasi baharu bagi Japan Ground Self Defense Force.

Bell 412EPX dikuasakan oleh enjin Pratt & Whitney PT6T-9 Twin Pac dan menghantar kuasa ke rotor rekaan baharu melalui transmisi baharu.

Ia mempunya jarak operasi 669km dan mampu terbang selama 3.8 jam. Kelajuan meluncur ialah 123 knot (228km/j) tetapi mempunyai kelajuan maksima 140 knot (259km/j).

Bell 412 secara amnya telah lama berkhidmat dengan agensi-agensi lain seluruh dunia dengan airframe tahan lasak dan rekaan kabin lebar. Tetapi Bell Subaru 412EPX ini mendapat kokpit digital terkini dan pintu krew baharu.

Ia boleh memuatkan sehingga 15 krew termasuk seorang juruterbang, mempunyai berat berlepas maksima 5,897kg dan mempunyai cangkuk untuk beban melebihi 2.2 tan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here