Land Cruiser 300 rosak teruk sebelum sampai ke pusat pengedar Toyota

3042

Toyota Land Cruiser 300 baru saja diperkenalkan beberapa minggu lalu, dan kini SUV itu telah mula dihantar ke sejumlah negara, termasuk Oman di Timur Tengah.

Toyota Land Cruiser 300

Baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku di Salalah, melibatkan sebuah trak membawa kenderaan yang terbalik, dan difahamkan, dalam trak tersebut terdapat beberapa unit Toyota Land Cruiser 300 baharu.



Menerusi video yang tular, dapat dilihat beberapa unit Land Cruiser 300 mengalami kerosakan yang teruk, dan berkemungkinan besar ianya tidak lagi dapat dibaiki.

Kesemua unit yang terlibat dalam kemalangan itu kemudian dialihkan dari lokasi kejadian, dan setiap darinya kelihatan seperti menerima hentakan yang kuat.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti, dan sudah tentu kemalangan ini menjadi satu kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh pusat oenegdar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here