Usia bukan penghalang, pelumba rali WRC ini berusia 91 tahun!

1007

Di usia tua, rata-rata individu akan merasakan tubuh badan yang kurang cergas dan tidak mampu melakukan aktiviti harian dengan sempurna.

Namun, halangan ini menjadi suatu cabaran bagi Sobieslaw Zasada, seorang lelaki berusia 91 tahun dari Poland.



Zasada mengejutkan ramai, kerana akan kembali untuk mengambil bahagian dalam World Rally Championship (WRC) Safari Rally, setelah 19 tahun tidak menyertai kejohanan tersebut.

Dalam perlumbaan yang berlangsung pada 24 Jun lalu itu, Zasada memandu sebuah Ford Fiesta Rally3 dari M-Sport.

World Rally Championship

Kembalinya Zasada ke perlumbaan ini mencipta rekod baharu pelumba tertua dalam World Rally Championship (WRC), dimana sebelum ini ianya dipegang oleh Vold-Johansen yang berusia 82 tahun ketika dia bertanding pada tahun 1994.

Dengan keadaanya yang sekarang, Zasada tidak menyasarkan untuk menjadi juara, dimana misinya ialah sekurang-kurangnya berjaya menamatkan perlumbaan.

“Sudah tentu, ini adalah cabaran yang besar dan tujuan saya hanyalah sampai ke garisan penamat,” kata Zasada.

World Rally Championship

Zasada sebenarnya tidak asing dengan dunia perlumbaan rally. Dia pernah menjadi juara European Rally Championship pada tahun 1966, 1967 dan 1971. Dalam Safari Rally, dia telah mengambil bahagian sebanyak lapan kali dengan keputusan terbaik di tempat kedua pada tahun 1972.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here