Utama Berita Automotif Kembara Kenali Borneo: Ini fakta ringkas Toyota Land Cruiser digunakan YDP Agong...

Kembara Kenali Borneo: Ini fakta ringkas Toyota Land Cruiser digunakan YDP Agong sejauh 2,154km

14400

Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berakhir hari ini di Telok Melano, selatan Sarawak.

Kembara pertama kali itu bermula dari Tawau, Sabah selama 11 hari meliputi perjalanan sejauh 2,154km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. 



Menerusi perkongsian video dan imej di akaun Facebook Istana Negara, Baginda memandu Toyota Land Cruiser berwarna Precious White Pearl (putih).

Model pacuan empat roda merupakan kenderaan yang sesuai digunakan di Sabah dan Sarawak.

Ini kerana jarak setiap tempat yang jauh serta bentuk muka bumi dan jalanraya yang mencabar. Bahkan, masih terdapat kawasan yang tidak mempunyai kemudahan jalanraya yang baik seperti di bandar besar.

UMW Toyota Motor tidak membawa masuk Land Cruiser ke pasaran tempatan. SUV tersebut ditawarkan menerusi wakil jualan kenderaan recon. 

Berikut informasi ringkas tentang Toyota Land Cruiser tersebut:

  • Toyota Motor Corporation Jepun memperkenalkan SUV itu pada Ogos 2021 menerusi dua pilihan enjin iaitu diesel dan petrol. 

  • Berdasarkan pemerhatian pada video dan imej yang dikongsi di media sosial, Baginda memandu Land Cruiser 300 ZX diesel yang berharga JYP 7,600,000 (RM2.4 juta).

  • Sementara, model terpakai yang dibawa masuk ke pasaran tempatan boleh didapati pada harga sekitar RM630,000 dengan anggaran bulanan sekitar RM8,000. 
  • Ia menggunakan trenkuasa baharu 3.3-liter V6 twin-turbo diesel yang menghasilkan kuasa 309PS dan tork maksimum 700Nm dengan penjimatan bahan api yang luar biasa. 

  • Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi transmisi Direct Shift-10AT. Kotak gear enjin diesel menawarkan hantaran tork mencukupi walaupun pada kelajuan rendah.

  • Platform GA-F menawarkan ketegaran badan dan rangka tinggi dengan pengurangan berat 200kg serta pusat graviti yang lebih rendah. 

  • Land Cruiser tersebut menggunakan versi baharu frem ladder. Menggunakan teknologi kimpalan terkini, kerangka ringan ketegaran tinggi (20 peratus lebih tegar daripada Siri 200) menawarkan prestasi keselamatan perlanggaran yang lebih baik dan pemanduan yang senyap. 

  • Bahagian badan menggabungkan tambahan bilangan plat keluli tegangan tinggi dengan material aluminium pada bonet, bumbung dan panel pintu. Manakala kedudukan enjin diubah 70mm ke belakang dan 28mm ke bawah.

  • Versi ZX dilengkapi dengan Suspensi Linear Solenoid Adaptive Variable (AVS) baharu, yang mengawal daya redaman penyerap hentak secara independen di setiap roda untuk meningkatkan kestabilan stereng dan keselesaan pemanduan. 

  • Ciri peralatan standard lain yang ditawarkan adalah Rear Torsen LSD, stereng berkuasa hidraulik elektrik dengan penggerak stereng dan Brek Kawalan Elektronik.

  • Untuk pemanduan off road, Land Cruiser itu menawarkan Multi Terrain Select menerusi enam pilihan mod Auto, Dirt, Sand, Mud, Deep Snow dan Rock.
  • Rekaan siri 300 memfokuskan kepada prestasi off road mengikuti jejak langkah generasi station wagon Land Cruiser. Kedua-dua gril radiator dan lampu depan diletakkan tinggi; dan bahagian bawah bampar depan dan belakang dibentuk untuk mengelak halangan.
  • Lekukan besar dalam hud enjin merealisasikan prestasi keselamatan perlanggaran yang lebih baik dan penglihatan arah depan. 

  • Tawaran pilihan skrin 12.3-inci memaparkan navigasi, audio, pendingin hawa dan data prestasi off-road.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here