Masalah kabel bumi : Proton panggil balik X90 jalani pemeriksaan

364

Bulan lalu, bahagian belakang kabin sebuah Proton X90 terbakar. Susulan insiden itu, Proton menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Proton mengesahkan insiden bukan berpunca daripada bateri hibrid ringan (48v). Pengedar kenderaan nasional itu menemukan masalah sambungan kabel bumi ke badan kenderaan dan memanggil balik pemilik Proton X90 untuk pemeriksaan. 

Susulan itu, kawasan sambungan berisiko menjadi terlalu panas apabila arus besar berterusan melaluinya dan boleh mengakibatkan kejadian terma kerana berdekatan dengan bahan kalis bunyi. 



Sebagai langkah keselamatan, kesemua pemilik SUV tersebut akan dihubungi oleh wakil jualan Proton 3S dan 4S bagi pemeriksaan serta baikpulih akan dijalankan bagi menghapuskan sebarang risiko haba.

Pemilik boleh hubungi pusat servis berhampiran bagi membuat temujanji atau hubungi talian Proton 1-800-88-8398 untuk maklumat lanjut.

Selain itu, Proton dan pihak vendor mengambil langkah pencegahan dengan meningkatkan kawalan proses pembekal dan pemeriksaan barisan pengeluaran Proton X90.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here