Berapa kos penyelenggaraan Proton X90? Kami kira untuk anda

3373

Proton X90 baru saja dilancarkan ke pasaran tempatan pada ulangtahun ke-40 syarikat berkenaan. Jadi berapa kos penyelenggaraan Proton X90

SUV segmen-D tersebut didatangkan dengan empat pilihan varian iaitu:



 
  • Standard (7-kerusi): RM123,800
  • Executive (7-kerusi) : RM130,800
  • Premium (7-kerusi) : RM144,800
  • Flagship (6-kerusi) : RM152,800

Ini menjadikan X90 model termurah dalam kalangan pesaingnya seperti Kia Sorento (RM211,498-RM255,228 ); Mazda CX-8 (RMRM177,674) dan Hyundai Santa FE.

Sekiranya anda berminat dengan SUV tersebut bagaimana pula berapa kos penyelenggaraan Proton X90?.

Servis pertama Proton X90 adalah pada 1,000km dan diikuti selang servis setiap 10,000km. Di bawah ini kos penyelenggaraan X90 yang kami peroleh menerusi laman web rasmi Proton.

  1. Servis 1,000km (RM244.51)

Pada bulan pertama, apabila perbatuan mencapai 1,000km pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM244.51. Pada servis pertama melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Tiada caj buruh dikenakan

2. Servis 10,000km (RM340.26)

Apabila perbatuan mencapai 10,000km, pemilik perlu memperuntukkan sebanyak RM340.26 yang melibatkan penggantian:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis udara enjin: RM93.75
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Tiada caj buruh dikenakan

3. Servis 20,000km (RM513.49)

Sebagai persediaan sebelum perbatuan mencapai 20,000km ataupun setahun pemilikan, anda perlu menyediakan wang sebanyak RM513.49 yang melibatkan pertukaran:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis minyak: RM83.80
  • Penapis kabin: RM87.78
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM90
  • Caj SST: RM5.40

4. Servis 30,000km (RM340.26)

Pada kilometer ini, kos servis X90 sama dengan kos 10,000km pertama yang melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis udara enjin: RM93.75
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Tiada caj buruh dikenakan

Pemilik juga perlu membayar harga sama bagi servis kilometer seterusnya iaitu 50,000km dan 70,000km.

5. Servis 40,000km (RM706.46)

Sebelum mencapai servis 50,000km, X90 perlu dihantar bagi menjalani penyelenggaraan major pada 40,000km yang melibatkan kos RM706.46.

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter: RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Palam pencucuh: RM96.84
  • Minyak brek: RM19.81
  • Penapis minyak: RM83.80
  • Penapis kabin: RM87.78
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM162
  • Caj SST: RM9.72

Kos sama perlu dikeluarkan apabila X90 mencapai perbatuan 80,000km.

6. Servis 60,000km (RM699.82)

Pada kilometer ini, kos servis X90 melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Coolant enjin: RM135.45
  • Penapis minyak: RM83.80
  • Penapis kabin: RM87.78
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Caj buruh: RM138
  • Caj SST: RM8.28

7. Servis 90,000km (RM577.62)

Pada 90,000km, pemilik X90 perlu mengeluarkan wang sebanyak RM577.62 melibatkan servis:

  • Minyak enjin sintetik penuh 5 liter:RM189
  • Penapis minyak hitam: RM50.25
  • Drain plug gasket: RM5.26
  • Penapis udara enjin: RM93.75
  • Minyak DCT: RM237.36
  • Pencuci cermin depan: RM2.00
  • Tiada caj buruh dikenakan

8. Servis 100,000km (RM705.47)

Apabila mencapai 100,000km atau lima tahun pemilikan kos servis akan bertambah kerana pemilik perlu menukar BSG drive belt pada harga RM141.10. 

Dalam tempoh lima-tahun pemilikan X90, pemilik menghabiskan sekitar RM5,514.87 untuk penyelenggaraan. Sebagai perbandingan 5-tahun penyelenggaraan Proton X70 AWD adalah sekitar RM5147.72. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here