Remaja maut, Honda EX5 terbabas

334

Seorang remaja maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dalam satu kejadian di Bandar Country Homes, Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.35 petang.

“Mangsa lelaki warga tempatan berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Bandar Puteri Height menghala Bandar Tasik Puteri.



“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri ke kiri jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Ujarnya, mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian
 03-61262222

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here