Bila Toyota bZ4X lancar di Malaysia? Jawapannya di sini…

331

UMW Toyota Motor (UMWT) membentangkan langkah seterusnya dalam pelbagai landasan strategi dalam menyokong matlamat Malaysia untuk menjadi neutral karbon menjelang 2050. 

Justeru itu, UMWT mendaftarkan unit sampel Toyota bZ4X,  sebagai sebahagian daripada strategi Toyota Beyond Zero untuk penilaian oleh pasukan teknikal serta pihak berkepentingan dalam sektor kerajaan dan swasta dalam usaha ke arah merealisasikan penyelesaian pengangkutan peribadi rendah karbon untuk Malaysia.

Sebelum ini pada Januari lalu, lima Toyota Mirai sudah diserahkan kepada SEDC Energy Sarawak dan Premier negeri itu Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg. 



Toyota Mirai kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV), satu daripada percubaan dalam usaha yang lebih luas oleh Sarawak untuk memulakan ekonomi hidrogen di sana.

Ia turut dibantu Toyota Corolla Cross Hybrid selaku kenderan elekrtik hibrid (HEV) yang dipasang di UMWT Assembly Services Sdn Bhd (ASSB) di Bukit Raja, Selangor dalam menunjukkan komitmen UMWT ke arah neutral karbon.

Sebagai sebahagian daripada pembabitannya dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor pengangkutan dan tenaga, UMWT Shah Alam menganjurkan pameran mengenai strategi pelbagai laluan syarikat ke arah neutraliti karbon.

Ia mempamerkan Toyota bZ4X dan potongan Sistem Hibrid Toyota yang melambangkan asas kepimpinan Toyota dalam teknologi HEV selepas daripada 18.1 juta unit terjual di seluruh dunia sejak 1997. 

Sehingga kini, Toyota menjual lebih daripada 20 juta kenderaan dengan bantuan elektrik di seluruh dunia, menyumbang kepada pengurangan CO2 sebanyak 165 juta tan metrik.

Jentera hibrid Toyota mempunyai sejarah panjang yang terbukti kebolehpercayaan bagi keadaan jalan raya Malaysia sejak 2009. Apabila model itu, boleh mengecas sendiri dan tidak bergantung pada infrastruktur pengecasan awam.

Toyota percaya bahawa HEV adalah penyelesaian paling praktikal dan kos efektif untuk rakyat Malaysia hari ini, menjanjikan pengurangan karbon serta-merta tanpa menjejaskan kepraktisan pemanduan jarak jauh dan memberi ketenangan minda kepada penggunanya.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata, pihaknya percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia, memandangkan sumber bahan api dan ketersediaan infrastruktur pengecasan di luar bandar di pantai Barat Semenanjung Malaysia. 

Menurutnya, justeru itu, pihaknya akan menambah lebih banyak model HEV pada 2023,” katanya.

“Pelanggan Toyota datang dari latar belakang yang sangat pelbagai, bukan sahaja pelanggan yang tinggal di pantai barat Semenanjung Malaysia, tetapi juga di Malaysia Timur. 

Kami percaya dalam memberi pilihan kepada pelanggan. Mereka akan menentukan penyelesaian hijau yang terbaik untuk mereka. 

Kami akan terus menilai pilihan yang berbeza dan memperkenalkannya mengikut kesesuaian,” katanya.

Namun, Toyota turut menyedari bahawa teknologi BEV juga akan menjadi bahagian seterusnya yang sangat penting untuk menyelesaikan teka-teki neutral karbon. 

Untuk menyokong ekosistem mesra BEV, UMWT akan menyokong matlamat Malaysia untuk mencapai 4,000 pengecasan kenderaan elektrik menjelang akhir tahun ini.

Apabila infrastruktur untuk menyokong BEV bertambah baik, UMWT akan melancarkan model BEV dalam tempoh terdekat. 

Selaras dengan janji jenama itu, Toyota mesti memastikan pelanggan menikmati pengalaman pemilikan yang penuh ketenangan, tidak kira sama ada mereka memiliki kenderaan menggunakan ICE, HEV atau BEV.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here