Tiada unsur mistik, budak 6 tahun tahu pandu kereta – Polis

376

Kejadian kereta dipandu kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, baru-baru ini, polis menolak sebarang unsur mistik yang dikaitkan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dipetik Kosmo Online berkata, pihaknya menolak dakwaan terdapat kejadian mistik seperti ditularkan di media sosial.

Katanya, kanak-kanak itu sudah ditemu bual semasa dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi keterangan ibu bapanya diambil.



“Berdasarkan siasatan yang dibuat, kanak-kanak terbabit didapati mengetahui fungsi pedal minyak dan gear.

“Kanak-kanak terbabit menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat menghidupkan enjin apabila diminta selain menunjukkan bagaimana cara menurunkan brek tangan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu juga boleh menerangkan tentang penggunaan gear kepada pegawai penyiasat trafik.

“Pada malam kejadian, kanak-kanak terbabit mengundurkan kereta dahulu sebelum keluar dari pekarangan rumah.

“Jarak rumah dengan kedai yang ingin dituju sejauh lima kilometer, namun terlibat kemalangan ketika sudah memandu separuh jalan,” katanya.

Shariman memberitahu, pemeriksaan kamera papan pemuka kereta bagaimanapun mendapati pemanduan tidak begitu stabil dengan kadang kala sedikit memasuki lorong bertentangan, ke kiri dan ke kanan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here