
Penghujung tahun menjadi lebih menarik dengan kempen Fun Begins With Honda oleh Honda Malaysia yang berlangsung dari Oktober hingga Disember 2026.
Pelanggan berpeluang menikmati potongan 50% ansuran bulanan selama enam bulan* serta menyertai cabutan bertuah dengan 300 pemenang keseluruhan.
Sebanyak 100 pemenang akan dipilih setiap bulan, dengan pemenang diumumkan menerusi laman Facebook rasmi Honda Malaysia.
Untuk menyertai cabutan, pelanggan perlu menjalani pandu uji dan menghantar borang penyertaan.
Penyertaan melalui aktiviti pandu uji dihadkan kepada tiga kali, manakala pemenang tidak boleh menyertai cabutan pada bulan berikutnya.
Selain itu, Honda Malaysia menawarkan ganjaran dan sokongan tambahan kepada pemilik Honda sedia ada serta ahli keluarga terdekat yang mendapatkan model terpilih.
Pembeli yang bertukar daripada kereta nasional kepada Honda City Baharu dan penjawat awam juga boleh menikmati ganjaran khas menerusi program jualan yang ditawarkan.
Ganjaran Menarik Untuk Model Honda Pilihan
Menerusi kempen ini, Honda Malaysia menawarkan ganjaran pembelian untuk beberapa model, termasuk sedan, hatchback dan SUV bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.
- Honda City Baharu: Jumlah ganjaran bernilai sehingga RM7,000*
- Honda City Hatchback Baharu: Jumlah ganjaran bernilai RM4,000*
- Honda Civic: Jumlah ganjaran bernilai sehingga RM20,000*
- Honda HR-V: Jumlah ganjaran bernilai sehingga RM20,000*
- Honda CR-V: Jumlah ganjaran bernilai sehingga RM20,000*
- Honda WR-V Baharu: Jumlah ganjaran bernilai RM8,000*
Honda City Baharu: Sedan Untuk Pelbagai Keperluan
Honda City Baharu menerima kemas kini dari segi reka bentuk dan ciri, termasuk kamera pandangan 360 darjah serta sistem pengesanan kenderaan di titik buta.
Ruang kabin yang luas dan prestasi yang responsif turut menjadikannya pilihan untuk kegunaan harian.
Honda Malaysia turut menyediakan ganjaran eksklusif menerusi Honda Family Exclusive Privilege untuk pemilik Honda sedia ada dan ahli keluarga terdekat yang mendapatkan City Baharu.
Program sokongan tambahan ini turut merangkumi pembeli yang menaik taraf daripada kereta nasional serta penjawat awam.
Honda City Hatchback Baharu: Gaya Sporti, Praktikaliti Harian
Bagi mereka yang mahukan gaya berbeza, Honda City Hatchback Baharu menawarkan reka bentuk sporty dengan perincian tajam dan ruang dalaman yang mengutamakan keselesaan.
Model ini turut dilengkapi ciri untuk memudahkan pemanduan, termasuk kamera pandangan sekeliling bagi membantu ketika meletakkan kereta dan mengundur, serta sistem pengesanan kenderaan di titik buta.
Sama seperti City Baharu e:HEV RS, varian City Hatchback hibrid menawarkan tork 253Nm, dengan gabungan prestasi responsif dan kecekapan bahan api.
Honda HR-V: SUV Pilihan Ramai
Dengan lebih 186,000 pelanggan memilih Honda HR-V, model ini terus menjadi pilihan dalam segmen SUV.
HR-V menawarkan reka bentuk dinamik, ruang dalaman yang selesa dan pilihan rangkaian kuasa bagi memenuhi keutamaan pemandu yang berbeza.
Ciri keselamatan dan teknologi bantuan pemandu melengkapkan pakejnya, sementara aplikasi Honda CONNECT menyediakan kemudahan sambungan kepada kenderaan melalui telefon pintar.
Sepanjang kempen Fun Begins With Honda, HR-V menawarkan ganjaran bernilai sehingga RM20,000*, memberikan lebih banyak sebab untuk pelanggan mempertimbangkan SUV ini.
Honda CR-V: Keselesaan Untuk Seisi Keluarga
Honda CR-V menggabungkan reka bentuk yang kemas, keselesaan kabin dan prestasi untuk kegunaan harian mahupun perjalanan bersama keluarga.
Antara ciri yang ditawarkan termasuk kamera pandangan 360 darjah, sistem pengesanan kenderaan di titik buta dan teknologi bantuan pemandu.
Honda CONNECT turut menyediakan fungsi sambungan jauh melalui telefon pintar.
Dengan ganjaran bernilai sehingga RM20,000* sepanjang kempen, CR-V menjadi satu lagi pilihan untuk pelanggan yang mencari SUV dengan penekanan pada keselesaan, keselamatan dan kemudahan.
Pelanggan Honda Civic dan WR-V Baharu Turut Layak Untuk Ganjaran
Honda Civic turut tidak terkecuali di dalam kempen ini dengan ganjaran bernilai sehingga RM20,000*.
Bagi pelanggan yang mahukan SUV dengan gaya lebih kompak, Honda WR-V Baharu menawarkan ganjaran bernilai RM8,000*.
Kedua-dua model ini melengkapkan pilihan yang tersedia untuk pelanggan mengikut gaya hidup dan keperluan masing-masing.
Rebut Peluang Sebelum Kempen Berakhir
Menerusi Fun Begins With Honda, pelanggan bukan sahaja berpeluang menyertai cabutan bertuah, malah boleh mempertimbangkan pelbagai model dengan ganjaran pembelian yang ditawarkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan kelayakan, hubungi pengedar sah Honda atau layari laman rasmi Fun Begins With Honda.
*Ganjaran dan promosi tertakluk pada model, varian, tahun, ketersediaan stok serta terma dan syarat Honda Malaysia.





































