Proton X90 terbakar, tiada letupan dari bateri hibrid ringan (48v)

561

Baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan bahagian belakang kabin Proton X90 terbakar.

Susulan insiden itu, Proton menyatakan sedang menjalankan siasatan dan akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa.



“Kami ingin menjelaskan tiada letupan dari bateri hibrid ringan (48v).

“Kami memahami kebimbangan orang ramai dan memohon kerjasama agar tidak membuat sebarang spekulasi dan ingin menekankan bahawa kes masih dalam siasatan,” kata Proton menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Pengeluar kenderaan nasional tempatan itu juga menyatakan SUV berkenaan kini berada dalam simpanan mereka. 

Selain itu, Proton memaklumkan kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan syarikat dan memastikan setiap unit menjalani pemeriksaan yang ketat sebelum penghantaran.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here