Brixton Crossfire 150 XS rasmi berlabuh di Malaysia, harga RM8,788

597

Brixton Crossfire 150 XS rasmi berlabuh di pasaran tempatan menerusi tiga pilihan warna Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green.

Crossfire 150 XS bersaiz mini itu dijual pada harga RM8,788 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).



Fun bike yang kini patuh euro 4 itu dijana oleh enjin bersesaran 150cc silinder tunggal yang menghasilkan kuasa 10kW @ 9,500rpm dan tork 10.5Nm @ 3,100rpm bersama transmisi 5-kelajuan.

Crossfire 150 XS menawarkan dimensi 1,690mm panjang, 755mm lebar, dan 1,210mm tinggi serta tinggi pelana 770mm memberikan pengendalian kompak dan lincah.

Dengan berat 111kg, ia dipadankan dengan sistem brek cakera tunggal jenis hidraulik bersaiz 220mm (depan) dan brek cakera tunggal hidraulik dengan saiz 190mm (belakang).

Untuk tunggangan yang lancar dan terkawal, Crossfire 150 XS dilengkapi dengan sistem suspensi depan jenis teleskopik terbalik. Persediaan suspensi ini menyumbang kepada pengendalian yang lebih baik dan menyerap hentakan dengan cekap.

Bagi kapasiti bahan api pula, Crossfire 150 XS menawarkan isipadu tangki yang mencukupi iaitu 11 liter.

Brixton Crossfire 150 XS didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here