Mforce Bike Holdings lancar Brixton Cromwell 1200, harga bermula RM55,888

420

Mforce Bike Holdings pengedar rasmi jenama Brixton di Malaysia melancarkan motosikal model dengan enjin bersesaran 1,222cc iaitu Cromwell 1200. 

Dengan tema “Ride The New Old School”, jentera itu dijual bermula RM55,888 seunit, istimewa untuk 100 pelanggan pertama. Selepas itu, ia akan ditawarkan pada harga RM58,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Cromwell 1200 sudah boleh didapati sekarang di mana-mana pengedar sah Brixton di seluruh negara yang hadir dalam dua pilihan warna iaitu:

  • Hitam (Backstage Black)
  • Hijau (Cargo Green)

Jentera berkenaan dijana enjin dua silinder selari, 4-lejang dan 8-injap yang menjana kuasa maksimum 83hp pada 6,550rpm dan tork 108Nm pada 3,100rpm.



Dari segi teknikal, motosikal seberat 235kg itu menggunakan suspensi teleskopik di hadapan dan jenis boleh laras di belakang. Untuk keselamatan maksimum, Brixton Cromwell 1200 dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS) dwi-saluran. 

Brek hadapan dipasang dengan dwi brek cakera jenis hidraulik, manakala brek belakang menggunakan brek cakera tunggal hidraulik. Sistem kawalan cengkaman turut dipasang yang menghalang masalah hilang cengkaman pada roda.

Model baharu itu mempunyai dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport yang memberikan pengalaman tunggangan berbeza.

Walaupun mempunyai reka bentuk vintaj klasik, Brixton Cromwell 1200 pasti memenuhi cita rasa peminat motosikal klasik berjiwa moden. 

Pelbagai aksesori tambahan turut disediakan termasuklah pada bahagian enjin yang dilindungi plat gelincir yang diperbuat daripada aluminium. Ia  membantu motosikal ini melalui jalan berbatu tanpa merosakkan enjin. 

Tangki bahan api Cromwell 1200 dipasang dengan pad yang melindungi bahagian tepi tangki daripada sebarang kesan luaran. 

Beg pelana berkapasiti 10 liter yang diperbuat dengan bahan kalis air 100 peratus turut disertakan. Beg berkualiti tinggi yang dijahit dengan kemas itu juga mempunyai reka bentuk kukuh yang mengekalkan bentuknya walaupun dikosongkan.

Setiap pembelian Brixton Cromwell 1200 hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km, selain perkhidmatan pembelian alat ganti tulen boleh didapati atas talian oleh MForce Bike Holdings

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here