Porsche 911 GT3 RS baharu, kereta dalam trek dan jalan biasa dijual bermula RM2.63 juta

325

Sempena acara Porsche Carrera Cup Asia, Porsche Malaysia memperkenalkan permata terbaharu dalam model 911, Porsche 911 GT3 RS.

Dicipta dengan teliti untuk menyerlahkan prestasi, kereta lumba berprestasi tinggi yang sah di jalan raya itu dengan kuasa 525 PS, sekali gus memanfaatkan kemuncak teknologi sukan permotoran. 

Di sebalik enjin beraspirasi semula yang disemai dengan DNA perlumbaan dan pembinaan ringan bijak (intelligent lightweight construction) yang mentakrifkan 911 GT3 RS baharu, sistem penyejukan dan aerodinamiknya yang juga merupakan pertalian langsung kepada ‘abangnya’ dalam sukan permotorannya iaitu 911 GT3 R. 



Apa yang baharu dengan Porsche 911 GT3 RS ini

Antara penambahbaikan yang ketara dalam prestasi aerodinamik terletaknya konsep radiator tengah inovatif berasal daripada 911 RSR yang berjaya dalam juara kelas Le Mans.

Berbeza daripada konfigurasi tiga-radiator konvensional yang terdapat dalam 911 GT3. Pendekatan baharu 911 GT3 RS yang baharu menampilkan radiator tengah bersudut bersaiz besar yang diletakkan di bahagian hadapan kereta – di mana ruang bagasi terletak dalam model 911 yang lain. 

Elemen sayap yang boleh dilaraskan di hadapan dan sayap dwi-bahagian di belakang. Ia menghasilkan dua kali ganda daya mendap daripada 991.2 generasi sebelumnya dan tiga kali ganda daya mendap bagi 911 GT3 semasa.

Fokus utama kereta lumba GT ini ialah sayap belakang yang terserlah dengan sokongan leher angsa (swan-neck-support) dan juga lebih besar dari segi dimensi. Sayap belakang terdiri daripada sayap utama tetap dan elemen sayap atas hidraulik boleh laras. Tambahan pula, ini menandakan adalah kenderaan pengeluaran Porsche pertama di mana bahagian atas sayap belakang melepasi ketinggian bumbunnya.

Selain itu, bahagian hadapan 911 GT3 RS menampilkan pembahagi hadapan yang membelah aliran udara ke atas dan ke bawah, bersama bilah sisi (sideblades) bersudut melencong tepat ke luar bagi meningkatkan kestabilan sisi kereta. 

Reka bentuk 911 GT3 RS baharu merangkumi Jaluran Louvred yang terletak di atas sayap hadapan yang hampir menyerupai juara Le Mans 911 GT1 yang ikonik – dengan ciri fungsi mengurangkan tekanan gelora dalam gerbang roda.

Tumpuan pada prestasi aerodinamik 911 GT3 baharu sangat terperinci sehinggakan komponen suspensi dioptimumkan: komponen double-wishbone gandar hadapan mempunyai profil berbentuk titisan air mata dan menyumbang kepada lonjakan lebih kurang 40kg dalam daya mendap. Oleh kerana trek hadapan yang dilebarkan (29 milimeter lebih besar daripada 911 GT3), double-wishbone pautan gandar hadapan pada 911 GT3 RS baharu juga lebih panjang. 

Enjin beraspirasi semula jadi 4.0 liter berputaran tinggi telah melalui penambahbaikan lagi berbanding dengan 911 GT3. Peningkatan ini menghasilkan lonjakan kuasa kepada 525 PS, kebanyakannya dikaitkan dengan aci sesondol (camshaft) baharu yang menampilkan profil sesondol diubahsuaikan. Porsche Doppelkupplung (PDK) dengan tujuh kelajuan mempunyai nisbah gear keseluruhan yang disingkatkan berbanding dengan 911 GT3, sekali gus memperkukuhkan prestasi.

Pada gandar hadapan, brek monobloc aluminium angkup tetap, dilengkapi dengan enam omboh setiap satu dengan cakera brek berdiameter 408 mm. 

Penambahbaikan yang harus menjadi tumpuan pada 911 GT3 termasuk penambahan dalam diameter omboh daripada 30mm kepada 32mm. Tambahan pula, ketebalan cakera bertambah dari 34mm kepada 36mm, sekaligus menyumbang kepada prestasi brek. 

Gandar belakang dilengkapi dengan cakera brek 380mm bersama brek angkup tetap empat omboh. Brek Komposit Seramik Porsche (Porsche Ceramic Composite Brake atau PCCB) juga tersedia sebagai pilihan dengan mempamerkan cakera 410mm pada gandar hadapan dan cakera 390mm pada gandar belakang.

 Lebih hebat lagi, 911 GT3 RS baharu menampilkan roda kunci tengah aloi ringan tempa (forged). Melengkapi komponen ini, tayar sports kegunaan jalan raya bersaiz 275/35 R20 dipasangkan di hadapan dan 335/30 R21 di bahagian belakang – memastikan tahap cengkaman mekanikal yang ketara. 

Tersedia dengan pakej Clubsport dan Weissach. 

Di bahagian dalaman pula, kereta lumba GT baharu ini mempunyai estetika RS biasa: komposisi permukaan kulit hitam, kemasan Racetex dan anyaman karbon mewujudkan suasana yang tulen dan sporty. 911 GT3 RS menawarkan pakej Clubsport tanpa caj tambahan! Ia merangkumi rollover bar keluli, alat pemadam api ringan dan tali pinggang keledar enam mata untuk pemandu. 

Ditawarkan dengan kos tambahan pula, pakej Weissach menawarkan pelbagai peningkatan yang lebih meluas. Pilihan premium ini merangkumi kemasan tenunan karbon pada penutup hadapan, bumbung, bahagian sayap belakang dan bahagian atas cengkerang cermin luaran.

Terutama sekali, pakej ini menggabungkan anti-roll bar depan dan belakang, rod gandingan belakang, dan shear panel pada gandar belakang, semuanya diperbuat daripada CFRP bagi meningkatkan dinamik pemanduan dengan ketara. Tambahan pula, Rollover bar yang sebelum ini diperbuat daripada keluli kini digantikan dengan CFRP bagi mengurangkan berat sebanyak enam kilogram berbanding dengan penggunaan keluli. 

Ciri ketara pakej Weissach ialah kemasukan shift paddles PDK yang menggabungkan teknologi magnet yang diilhamkan oleh sukan permotoran. Inovasi ini menaikkan tahap dinamik kepada penukaran gear dengan menawarkan titik tekanan yang lebih tepat di samping sentuhan klik yang jelas.

Sebagai pilihan tambahan dalam pakej Weissach, roda magnesium tempa juga tersedia dan mampu mengurangkan lagi berat sebanyak lapan kilogram. Porsche 911 GT3 RS baharu boleh didapati pada harga bermula RM2.63 juta.

Galeri Gambar 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here