[Video] Motosikal ditunggang warga Bangladesh sah milik anggota polis

1281

Video tular memaparkan seorang lelaki warga Bangladesh yang mendakwa mengaku membeli motosikal daripada seorang anggota polis akhirnya terjawab.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, beliau mengesahkan motosikal itu milik anggotanya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini.

Bagaimanapun, katanya, semakan mendapati pemilik motosikal itu telah menghantar kenderaan itu untuk dibaiki di sebuah kedai.



“Akibat terlalu lama tidak diambil di kedai itu, warga asing itu kemudian meminta untuk membeli motosikal itu dan pemiliknya bersetuju untuk menjualnya,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, pihak telah mengeluarkan saman kepada lelaki itu atas kesalahan menunggang tanpa lesen mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

@farid_amil

Sahabat sahabat aku ramai kene sitar motor dekat tanah air sendiri. Kene hukum tolak motor dengan anggota uniform tanah air sendiri. Kau warga asing boleh melawan macam ni. WTF undang ii mane korang pakai sial !

♬ original sound – farid_amil – farid_amil

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here