Kawasaki ZX-25R SE rasmi lancar, output janakuasa sama dengan Thailand

1112

EMOS rasmi melancarkan Kawasaki ZX-25R SE ke pasaran Malaysia menerusi harga RM33,900 seunit.

Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, enjin ZX-25R versi tempatan berkongsi janakuasa yang sama di pasaran Thailand.

Ia menghasilkan kuasa 46hp @ 15,500rpm dan 22Nm @ 12,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan automatik dengan bantuan klac dan slipper.

Sementara, pasaran Indonesia pula memiliki output lebih tinggi menerusi enjin 249.8cc penyejukan cecair inline four yang menghasilkan kuasa 51hp @ 15,500 rpm dan tork maksimum 22.9Nm @ 14,500 rpm.

Sportbike 4-dapur itu didatangkan dengan suspensi Showa SFF-BP boleh laras dengan spring pra beban dan spring top out (depan) dan horizontal back-link, tabung gas dengan spring pra beban boleh laras  (belakang).

Jom Baca:   Kawasaki Jepun perkenal Ninja ZX-25R SE (2022), Malaysia masih tak nampak bayang

Menariknya, di pasaran luar suspensi Showa tersebut hanya ditawarkan pada versi Kawasaki ZX-25RR.

Manakala, keupayaan menghentikan jentera dibantu oleh sistem brek cakera radial tunggal semi-terapung 310mm, monoblok,4 piston (depan) dan cakera tunggal 220mm (belakang).

 

Penampilan sporty ZX-25R SE diserlahkan menerusi sistem pencahayaan LED pada lampu depan dan belakang. Manakala pada hendal tengah tersedia skrin TFT 4.3-inci berwarna yang memaparkan pelbagai informasi jentera. 

Ciri peralatan standard lain yang ditawarkan pada ZX-25R antaranya Power Mod Selection, Kawasaki Traction Control (KTRC) dan Kawasaki Quick Shifter (QS) serta Electronic Throttle Valves.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here