EMOS bakal lancar Kawasaki ZX-25R CKD pertengahan 2023, harga anggaran RM32k?

5997

Sempena GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), pengedar rasmi jenama Kawasaki mempamerkan dua unit sportbike Kawasaki ZX-25R ABS SE yang merupakan versi Thailand.

Kehadiran sportbike tersebut di reruai Kawasaki Malaysia hanyalah previu sebelum rasmi dilancarkan pada tahun depan. Dua buah sportbike berkenaan akan digunakan oleh jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) EMOS sebagai rujukan.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EMOS, Roslan Roskan Kawasaki ZX-25R bakal dilancarkan ke pasaran Malaysia pertengahan tahun depan yang mana pengesahan jenis kenderaan (VTA) akan dihantar awal 2023.

“Oleh kerana sambutan yang menggalakkan kami memutuskan untuk pemasangan tempatan (CKD) yang mana akan menggunakan nama Modenas,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang harga, Roslan menjelaskan tidak jauh berbeza dengan model Kawasaki Ninja 250 yang baharu dilancarkan. 

“Kita andaikan top up dalam RM10,000, tetapi kalau ingin tahu harga sebenar tunggu lancar tahun depan,” katanya.

Kemungkinan harga sportbike suku liter tersebut dianggarkan sekitar RM32,000. Buat anda yang berminat bolehlah mula mengumpul wang.

SPESIFIKASI KAWASAKI ZX-25R MALAYSIA

Sebagai perbandingan awal difahamkan sportbike ZX-25R Malaysia akan menggunakan spesifikasi Thailand dan Jepun bagi mematuhi regulasi Euro4 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Seperti mana kita ketahui spesifikasi Indonesia lebih berkuasa berbanding dua negara berkenaan. Jadi output ZX-25R untuk pasaran Malaysia akan lebih rendah berbanding negara jiran itu dan tidak jauh berbeza dengan output Thailand dan Jepun. 

Untuk makluman janakuasa ZX-25R Thailand didatangkan dengan enjin sesaran 249.8cc DOHC penyejukkan cecair yang menghasilkan kuasa 45.3hp @ 15,500rpm dan tork 22Nm @ 12,500Nm bersama transmisi 6-kelajuan.

@motoqar

Ini top speed Kawasaki ZX25R yang diuji kat mesin Dyno… Apa macam?

♬ original sound – Motoqar – Motoqar

Manakala pasaran Indonesia pula didatangkan dengan output 51hp @ 15,500rpm dan tork 22.9Nm @ 14,500rpm bersama transmisi 6-kelajuan. 

Ketika disoal tentang varian, Roslan mengesahkan akan membawa beberapa pilihan varian ZX-25R untuk pasaran tempatan.

“Satu sahaja model yang saya boleh sahkan ZX-25R ABS SE,” kongsinya kepada Motoqar. 

Daripada segi spesifikasi, pasaran Malaysia akan menerima konfigurasi asas sama seperti ZX-25R yang sudah dilancarkan, cuma akan berbeza daripada segi meter, grafik dan ekzos serta lain-lain.

Ketika ditanya tentang ZX-25RR, Roslan memberitahu hanya akan diketahui selepas ZX-25R dilancarkan. Jadi, sama-sama kita nantikan. 

GALERI

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here