Beli makanan segera, selamba parkir petak isi minyak

758

Di stesen minyak kini sudah ada pelbagai kemudahan termasuklah restoran makanan segera yang memudahkan pelanggan mencari keperluan perjalanan di satu lokasi selain mengisi minyak.

Bagaimanapun, tindakan segelintir individu yang menjadikan petak pam minyak sebagai ruangan parkir sementara membeli barangan menyusahkan pengguna lain yang ingin mengisi bahan bakar.



Seperti mana yang dikongsi oleh akaun Twitter @isusemasaviral menunjukkan sebuah Porsche putih meletakkan kenderaan di petak pam minyak kemudian membeli McDonald.

“Ini namanya anak b***. Setel isi minyak, terus lock kereta, pergi Mcd, order makan tapi kereta selamba park dekat pump minyak,” tulisnya. 

Perkongsian itu turut menunjukkan seorang lelaki yang dikaburi mukanya dipercayai pemilik kenderaan mewah berkenaan.

Netizen turut tidak berpuas hati dengan tindakan penting diri lelaki berkenaan selain berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here