Tengku Zafrul tubuh Gang Motor TZA, berminat nak join?

1315

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi akaun Facebooknya berkongsi pendapat tentang pandangan skeptikal terhadap geng motor yang sering berkumpul.

Perkongsian itu mencuri perhatian netizen bahkan mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan CIMB itu turut memaklumkan menubuhkan Gang Motor TZA.



“Sesetengah orang, bila tengok geng motor berkumpul, terus cop diaorang ni mat rempit, kaki lumba haram. Tak betul tu.

“Tak semua mat motor ni mat rempit atau lumba haram. Kalau kita mendekati mereka, sebenarnya mereka ni mempunyai semangat persahabatan atau ‘bonding’ yang sangat kuat antara mereka.

{“origin”:”unknown”,”uid”:”23E88C1F-258C-4BEB-998F-5E4ED0B24C30_1665983411626″,”source”:”other”}
“Tempoh hari saya ada bertemu dengan geng-geng motor ni melalui program tukar minyak hitam secara percuma. So far, kita dah pergi ke sembilan lokasi di Kuala Selangor dan seramai lebih 1,300 penunggang motosikal yang dah kita bantu,” tulisnya.
 
Sering menganjurkan program bersama anak muda kaki motor berkenaan juga memberi idea kepada Tengku Zafdul melakukan kerja amal bersama. 
 
 
“Jadi kita wujudkan Gang Motor TZA. Setakat ni Gang Motor TZA dah mulakan aktiviti untuk edar bakul makanan kepada golongan asnaf di sekitar Kuala Selangor. InsyaAllah kita akan kembangkan lagi kerja amal di bawah Gang Motor TZA.
 
“You all berminat nak join Gang Motor TZA tak?,” tambahnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here