BSH previu Honda Vario 160 di Sepang, bakal masuk Malaysia?

2508

Boon Siew Honda (BSH) mempamerkan sebuah Honda Vario 160 berwarna merah pada acara GP Malaysia (2022) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). 

Adakah kehadiran skuter tersebut di reruai BSH sebagai petanda kemasukkannya ke pasaran lokal?. Ketika Motoqar mengajukan soalan tersebut, BSH enggan memberi sebarang komen. 

Untuk makluman, skuter Vario 160 dilancarkan di Indonesia pada Februari lalu dengan tawaran dua pilihan varian ABS dan CBS. Susulan kehadiran model baharu itu sekaligus menamatkan pengeluaran Vario 150. 

Skuter itu dijana oleh enjin 156.9cc silinder tunggal penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan kuasa 15.18hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Daripada segi penampilan, Honda menampilkan ciri LED pada lampu utama dan signal serta brek.

Jom Baca:   Lexus NX (2022) rasmi lancar di Malaysia, harga mula RM370k

Bar hendal kecil dipadankan dengan meter digital penuh yang memaparkan informasi lengkap meliputi penggunaan bahan api, jam digital, speedometer, tripmeter, bateri dan lain-lain.

Turut tersedia pengecas USB yang diletakkan di bawah pelana. Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik di depan dan swingarm dengan suspensi tunggal di belakang.

Kemudian Honda memilih rim 14 inci yang dibaluti tayar bersaiz  100/80 (depan) dan  120/80 (belakang). Di Indonesia, Vario 160 dijual pada harga bermula RM7,500 seunit.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here