Tular kain putih atas kereta polis dipercayai pocong, nak pergi mana tu?

2133

Sekeping imej tular di media sosial memaparkan objek putih didakwa pocong berada di atas kenderaan polis yang sedang bergerak pada waktu malam.

Kejadian dipercayai berlaku di daerah ini dan dirakam pemandu pengguna jalan raya yang berada di belakang kenderaan yang ditulis perkataan ‘POLIS.’

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, berdasarkan gambar yang tular, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Seremban-Tampin dari Pekan Chengkau ke Kampung Tanah Datar, di sini, kira-kira jam 2 pagi kelmarin.



“Berdasarkan gambar itu, kenderaan terbabit adalah dari Balai Polis Kota. Bagaimanapun kesahihan gambar itu masih belum dapat dipastikan sama ada ia tulen atau sudah disunting.

“Pihak kami juga cuba mengesan individu yang mengambil gambar itu bagi mengesahkan kesahihannya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu antara cabaran yang perlu dihadapi polis dalam menunaikan tugas.

“Dalam tugas menjaga keamanan penduduk setempat dan melakukan pemantauan, kejadian seperti ini cabaran yang perlu ditempuh anggota serta pegawai,” katanya.

Sejak semalam tular imej berkenaan yang menunjukkan objek putih yang menyerupai pocong yang sedang terbaring di atas kenderaan pacuan empat roda milik polis.

Ada warga maya secara berseloroh memuat naik komen kononnya pocong berkenaan sedang menumpang kenderaan berkenaan untuk ke satu destinasi.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here