CFMOTO 450SR dipasaran Mac 2023 – 50.5hp, 39Nm, brek Brembo, harga bermula RM29,300

2249

Sempena MotoGP Malaysia 2022, CFMOTO memperkenalkan model baharunya untuk pasaran Malaysia menerusi 450SR.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh pelumba Moto 3 membabitkan Carlos Tatay dan Xavier Artigas.



CFMOTO 450SR adalah motosikal segmen pertengahan yang sesuai untuk penunggang baru untuk berkecimpung dalam dunia dua roda berkuasa tinggi.

Ia bersesuaian bagi mereka dalam lingkungan umur 21-35 tahun dengan ketinggian 168 sehingga 180 sentimeter.

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang CFMOTO 450SR:

Reka bentuk

Jentera ini menjalani lebih 200 simulasi aerodinamik dengan 30 jam di terowong angin. 

Berdasarkan bentuknya, ia mempunyai pembahagi di bahagian hadapan untuk memberi penggayaan lebih menarik, selain kecekapan penyebaran udara untuk mengurangkan kehilangan kuasa.

Ia disempurnakan lagi dengan penghadang angin hadapan (windshield) dengan sudut 48 darjah serta fairing yang menarik untuk meningkatkan lagi penampilannya.

Kuasa

Dijana enjin 400 cc dua silinder berkembar yang mampu menyalurkan 50.5hp dengan tork setinggi 39Nm.

Kelajuan maksimum boleh mencecah 200km/j dengan pecutan 0-100km/j hanya 4.8 saat. Karakter output enjin itu hampir menyamai enjin V-Berkembar.

Ia juga menggunakan klac ‘Slipper FCC’ untuk memudahkan penukaran gear yang lebih ringan.

Bagi menghentikan jentera ini, ia dilengkapi dengan brek Brembo, selain dilengkapi ABS daripada Bosch.

Tahan lasak, mudah diselenggara

CFMOTO 450SR sudah menjalani 4,500 jam ujian lasak dengan tiada masalah yang dihadapi.  Ia adalah model pertama yang menggunakan pam air dalaman serta penapis udara mudah cabut, sekali gus mudah diselenggarakan.

Harga

Bagi yang berminat, ia dijual bermula RM29,300, ditawarkan dua warna. Jentera ini akan berada dipasaran bermula Mac 2023. Dah boleh kumpul duit tu!

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here