[Video] Kembara Kenali Borneo: Permaisuri Agong tulis aduan jalan rosak

333

Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian rakyat Sabah.

Pada kesempatan berkenaan, rakyat tempatan melaporkan aduan berkaitan keadaan jalan rosak di Sabah.



Bahkan, sebelum ketibaan Baginda, rakyat Sabah mengucapkan terima kasih atas lawatan berkenaan. Ini kerana kebanyakan jalan dibaiki dengan segera oleh pihak berkuasa tempatan. 

Selain itu, orang ramai memuji keprihatinan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan menulis aduan mengenai jalan rosak di Sabah ketika lawatannya di negeri itu baru-baru ini.

@kakintansukashare Membalas kepada @ybehsan habis lah kali ni.. ramai pecah rahsia😅#agongdatangsabah #jelajahborneo #hanyadisabah #permaisuriagong #jalandisabah ♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

Tinjauan di ruang komen mendapati majoriti pengguna berharap aduan berkenaan dapat memberi perubahan kepada keadaan jalan raya di sekitar Sabah.

“Saya sarankan kepada semua rakyat borneo…sabah sarawak….jika ada kesempatan…luahkan apa yang tersirat dan tersurat di hati.”

“Macam ni lah bagus Tuanku turun padang dengar sendiri perasaan rakyat jelata.”

“Alamak.pecah rahsia semua…JKR sila ambil perhatian.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here