Penjawat awam disyaki terima rasuah kenderaan bernilai lebih RM90,000

340

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu tadbir kanan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM90,000.

Menurut sumber, suspek yang bertugas di sebuah agensi kerajaan tempatan negeri Terengganu disyaki menerima sebuah kenderaan bernilai lebih RM90,000 daripada seorang pemilik syarikat.

Katanya, pemberian rasuah itu dipercayai sebagai balasan bagi memastikan kerja-kerja pembekalan di agensi berkenaan dari 2017 hingga 2023 yang bernilai RM230,000 diperoleh syarikat berkenaan.



“Dalam operasi sama, SPRM turut menahan pemilik syarikat berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek lelaki yang berusia 50-an itu ditahan kira-kira 3 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman.

“Penjawat awam itu dikatakan menggunakan kenderaan terbabit sejak 2016 dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here