myAudiWorld: Aplikasi mudah alih pertama untuk pemilik kenderaan Audi di Malaysia

304

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) memperkenalkan “myAudiWorld”, aplikasi mudah alih pertamanya untuk pemilik kenderaan Audi di negara ini.

Aplikasi myAudiWorld menawarkan rangkaian ciri menarik untuk menjadikan pengalaman pemilikan kini lebih mudah, menarik dan direka khas demi keperluan pemilik Audi. 

Pengarah Urusan PHSAM, Denyu Bostandzhiev berkata, pengenalan aplikasi itu bermakna para pengguna kini boleh mengawal pengalaman pemilikan dan pemanduan kereta Audi mereka dengan lebih baik. 



Menurutnya, Aplikasi myAudiWorld membuktikan komitmen Audi Malaysia untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, selain mengukuhkan dedikasi jenama terhadap aspek inovasi dan penyelesaian berorientasikan kepada pelanggan.

“Selain kenderaan yang lebih baharu, aplikasi myAudiWorld berusaha untuk menawarkan penjagaan luar biasa kepada kereta Audi yang berusia lima tahun dan ke atas, termasuklah model yang diimport secara parallel. 

“Dengan pakej penjagaan eksklusif seperti Audi Plus (yang hadir dengan bantuan tepi jalan) dan pakej Repair, kami ingin memberi ketenangan minda kepada para pelanggan yang dihargai. Sekali gus memastikan kereta mereka mendapat perhatian sepenuhnya dan sokongan yang diperlukan,” katanya.

Ciri-ciri pada aplikasi myAudiWorldApp termasuklah:

Membuat Temu Janji Servis: Pelanggan boleh menjadual temu janji servis di mana-mana pusat servis Audi yang mereka inginkan, jimat masa dan tenaga.

Tawaran Eksklusif:  Terima tawaran yang direka khas berdasarkan kepada minat dan sejarah kenderaan pelanggan. Tebus baucar secara terus melalui aplikasi serta nikmati promosi eksklusif ke atas pelbagai perkhidmatan dan aksesori Audi. 

Lokasi Pengedar: Ketahui dan navigasi ke Audi Centre terdekat untuk keperluan jualan atau selepas jualan. 

Lokasi Pengecasan EV: Memastikan para pemilik EV Audi sentiasa terhubung dengan kemudahakan pengecasan, seterusnya meningkatkan pengalaman memandu kereta elektrik.

Peringatan Servis: Aplikasi ini mempunyai peringatan servis dalam bentuk notifikasi bagi memastikan pelanggan tidak terlupa dengan penyelenggaraan kenderaan yang telah dijadualkan. 

Bantuan Kecemasan: Akses mudah dan pantas ke atas bantuan kecemasan 24 jam dengan talian bantuan khas bagi memastikan sokongan segara serta ketenangan minda ketika berada di atas jalan raya. 

Berita dan Kemas Kini: Berita terkini, pelancaran, perkembangan menarik dan kemas kini daripada Audi Malaysia.

Aplikasi myAudiWorld kini sudah boleh dimuat turun ke peranti Android, Huawei dan iOS. Maklumat lanjut, sila layari laman web Audi Malaysia www.audi.com.my

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here