CEO Proton: Sedan S50 lancar dua bulan lagi

559
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong sahkan ‘Proton S50’ bakal lancar dalam tempoh dua bulan akan datang iaitu sekitar suku keempat tahun ini. 
 
Berita itu diumumkan pada Majlis Penyerahan Kraf Budaya Malaysia kepada atlet bagi Muzium Sukan Asia Hangzhou.
 
 
Menjelang pelancaran,  S50 atau dengan nama kod SS11 itu dilihat beberapa kali menjalani ujian enduran di jalan raya.
 
Difahamkan, sedan tersebut diposisikan di antara segmen-B dan segmen-C. Bahkan, kemunculan S50 nanti merupakan produk serba baharu dan bukannya pengganti model sedia ada.  
 
Untuk makluman, Geely Emgrand menggunakan platform BMA yang turut dipasang pada model Bin Yue (X50).
 

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Bagaimanapun, Proton S50 kemungkinan akan dijana oleh enjin SUV X50 iaitu 1.5 liter tiga-silinder turbo yang menghasilkan kuasa 177PS dan tork 255Nm bersama kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan automatik 7DCT.

 
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here