#Spyshot: Proton S50 dikesan jalani ujian di Lebuhraya Elite, bakal lancar tahun depan..

1417
Sebelum ini, beberapa imej intip Proton S50 (SS11) dikesan menjalani ujian enduran di Malaysia.
 
Semalam, The Ajerul berkongsi imej sedan baharu berkenaan dipandu di Lebuhraya Elite menghala ke Seafield.
 
Berdasarkan rakaman imej intip, sedan berkenaan merupakan pemanduan sebelah kanan dan boleh dilihat skrin infotainmen ‘terapung’ di tengah papan pemuka.
 
Bahkan, penumpang depan sempat memberikan tanda jari ‘peace’ selepas menyedari kenderaan berkenaan dirakam. 
 
 

Proton S50 tersebut masih ditutupi kamouflaj pada bahagian luaran dan rim. Sedan berkenaan turut didatangkan dengan bumbung suria.

Model S50 (SS11) masih lagi menjalani ujian enduran dan dipercayai bakal dilancarkan pada suku kedua tahun depan selepas model SUV 7-kerusi rasmi diperkenalkan ke pasaran tempatan.



Sedan tersebut berasaskan Geely Emgrand yang menggunakan platform BMA yang juga digunakan oleh Bin Yue (X50). Dari segi dimensi, ia memiliki ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm (lebar), 1,460 mm (tinggi) manakala jarak antara roda pula 2,650 mm.

Model itu menggunakan enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114hp dan tork 147Nm bersama transmisi CVT.

Ini seiring dengan perancangan masa depan Proton yang mendedahkan tiga model baharu bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here