[Video] Bungkusan atas Toyota Corolla Altis meletup, tukang masak maut

734

Seorang tukang masak meninggal dunia selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta meletup berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, Pandan Indah, Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam kira-kira 8.55 malam.

“Mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun mendapati terdapat satu bungkusan yang ditinggalkan atas bonet Toyota Corolla Altis.



“Apabila memegang bungkusan tersebut, terus berlaku letupan dipercayai daripada bungkusan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang dan disahkan meninggal dunia 9.45 malam tadi.

Siasatan di lokasi kejadian ditemui beberapa kesan akibat letupan iaitu kesan kemik pada kereta mangsa. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here