BSH perkenal tiga warna baharu RS-X (2023)

612

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan grafik dan warna baharu bagi Honda RS-X yang memberikan kombinasi sporty.

Honda RS-X tersedia dalam pilihan dua pilihan grafik baharu pada warna badan Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea manakala penampilan lebih segar Edisi Trico dilengkapi dengan rim berwarna emas.

Bahagian sisi badan warna Lemon Ice Yellow didatangkan dengan garis jingga yang menyerlah dengan gabungan tulisan hitam tebal dan logo latar belakang putih.



Candy Caribbean Blue Sea pula hadir dengan campuran kelabu dan hitam pada bahagian sisi badan yang meningkatkan penampilan lebih moden. 

Edisi Trico menggunakan DNA CBR menerusi campuran tiga warna merah, biru dan putih. 

Honda RS-X dengan warna badan Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue dijual pada harga RM9,698, manakala Trico Edition berharga RM9,748. Pilihan warna baharu berkenaan akan mula berada di pasaran pada 4 Januari 2023.




APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here