[Video] Kereta bergesel, seorang penonton maut di Litar Dato Sagor

1192

Kemalangan yang menyebabkan seorang penonton terkorban pada pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor di Kampung Gajah, Pasir Salak semalam, berpunca akibat dua buah kereta hilang kawalan selepas bergesel sesama sendiri.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pergeselan itu menyebabkan sebuah daripada kereta tersebut terbabas ke kanan litar lalu memasuki laluan berumput



Kemalangan yang menyebabkan seorang penonton terkorban pada pertandingan ‘CCT Battle of Champion’ di Litar Dato’ Sagor di Kampung Gajah, Pasir Salak semalam, berpunca akibat dua buah kereta hilang kawalan selepas bergesel sesama sendiri.

Ketika kejadian, terdapat beberapa penonton sedang berdiri di kawasan rumput itu menyaksikan perlumbaan berkenaan.

“Kemalangan berlaku sekitar pukul 3.30 petang semasa pertandingan diadakan bagi kategori 1800 cc untuk lima pusingan melibatkan 12 kenderaan jenis Proton Satria.

Mangsa

“Ketika kejadian, dua daripada kereta itu telah bergesel semasa menghampiri garisan penamat menyebabkan hilang kawalan dan sebuah daripadanya terbabas ke laluan kanan litar dan memasuki kawasan berumput,” katanya.

Menurut beliau, kenderaan yang terbabas itu telah melanggar salah seorang penonton yang berada di atas kawasan berumput dalam jarak 30 kaki dari laluan litar.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang pada pukul 5 petang,” katanya.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa yang maut berusia 32 tahun dan merupakan seorang pengusaha bengkel kenderaan di Kamunting, Taiping.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati punca kematian akibat kecederaan parah di kepala dan pendarahan pada paru-paru. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here