BSH perkenal warna baharu Honda RS-X, harga mula RM9,698

285

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu Trico White Edition dan Radiate Gray Metallic pada model Honda RS-X.

Akan berada di pusat jualan bermula esok, harga cadangan adalah:

  • RM9,748 bagi Trico White Edition
  • RM9,698 bagi Radiate Gray Metallic 

Honda RS-X dijana oleh enjin 150cc DOHC yang menghasilkan kuasa 11.8kW @ 9,000 rpm dan tork 13.6 Nm @ 7,000 rpm bersama transmisi 6-kelajuan.



Reka bentuk RS-X yang agresif dipadankan dengan ciri berteknologi maju seperti Sistem Brek Anti Kunci (ABS) satu saluran di roda depan yang meningkatkan keyakinan membrek.

Ciri canggih lain termasuk lampu LED penuh, meter kelajuan digital penuh dan pembuka pelana. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here