#TahukahAnda: Terowong TRX dibuka Rabu depan, ini 8-perkara perlu anda tahu

762

Terowong kenderaan bawah tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dibuka bermula Rabu depan.

Berikut fakta pantas yang perlu anda tahu tentang terowong berkenaan :

  • Panjang terowong TRX adalah 5km
  • Dibina oleh Gadang Engineering (M) Bhd dan WCT Berhad
  • Memiliki dua aras yang dibahagikan kepada lalu lintas kenderaan dan perkhidmatan utiliti
  • Dapat mengurangkan trafik masuk ke bandar kira-kira 30 peratus
  • Boleh menggunakan navigasi Waze tanpa gangguan teknikal menerusi pemasangan Waze Beacon dalam terowong



  • Akses langsung Jalan Tun Razak dan Lebuhraya SMART membentuk satu sistem pusingan yang memudahkan kenderaan keluar dan masuk daripada bangunan 

  • Jalan raya terowong menghubungkan kawasan TRX kepada 12 lebuh raya serta jalan utama seperti Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE)

  • Kenderaan yang masuk ke TRX melalui terowong pusingan ini akan terus ke parkir, di bangunan yang terletak dalam TRX

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here