Honda RS150R hadir dua warna baharu, harga bermula RM8,299

303

Bagi memberi imej lebih segar, Boon Siew Honda Sdn Bhd memperkenalkan Honda RS150R dalam warna baharu membabitkan Mat Gray/Yellow dan Mat Gray/Red.

Honda RS150R dalam warna baharu akan tersedia di semua pengedar Honda sah dan terpilih di seluruh negara mulai 24 November 2023.

Harganya disyorkan RM8,299 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.



Honda RS150R masih menggunakan enjin sama iaitu enjin DOHC 149.2 cc, penyejuk cecair dan empat injap.

Ia menyalurkan 15.8hp pada 9,000 rpm dan tork setinggi 13.6 Nm pada 7,000 rpm. Enjin RS150R dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, klac manual, dan pacuan rantai.

Ciri-ciri lain termasuk lampu depan LED, meter kelajuan digital dan brek cakera belakang.

Honda RS150R: Mat Gray/Yellow 

Honda RS150R: Mat Gray/Red 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here