BSH perkenal warna baharu Honda RS150R, harga kekal

459

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan warna baharu Mat Charcoal Gray Metallic pada model Honda RS150R. 

Harga cadangan jualan kapcai berkenaan adalah RM8,299 (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). 

RS150R ini dikuasakan oleh enjin DOHC 149.2cc yang menghasilkan kuasa 15.8hp dan 13.6Nm tork bersama transmisi 6-kelajuan.



Selain itu, Honda RS150R turut mempunyai pelbagai ciri menarik seperti meter kelajuan digital dengan paparan pelbagai maklumat, lampu utama LED serta sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang.

Kapcai tersebut didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here