Chevy Cruze terkena tayar ‘terbang’ kereta lumba, pihak litar ganti model baharu

494

Salah satu risiko apabila menonton perlumbaan adalah serpihan berterbangan di atas pagar dan terkena barisan tempat duduk penonton.

Itulah yang berlaku pada perlumbaan Indy 500, Ahad lalu apabila Felix Rosenqvist dari Arrow McLaren terbabas sebelum tayar jentera lumba lawannya terbang di atas penonton. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Tayar tersebut mendarat di atas sebuah kereta sehingga menyebabkan bonet kemek dan lampu depan pecah. 

Selepas insiden itu, pemilik Chevrolet Cruze mendapat khabar gembira apabila Penske Entertainment, syarikat induk Indianapolis Motor Speedway dan siri NTT IndyCar akan menggantikan dengan sebuah kereta baharu. 

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut yang diterima sama ada pemilik, Robin Matthews akan menerima model yang sama atau sebaliknya.

Berkemungkinan dia akan menerima model Chevy memandangkan kerjasama trek dengan GM dan Roger Penske yang memiliki salah satu pengedar Chevy terbesar di Indiana.

Menerusi video yang dikongsi, boleh dilihat ketika pusingan ke 186, jentera lumba Rosenqvist melanggar dinding ketika keluar dari selekoh satu sehingga hilang kawalan lalu terbabas semula ke tengah litar.

Akibatnya, keretanya mengalami kerosakkan teruk pada suspensi. Kemudian, Kyle Kirkwood yang datang dari belakang bertindak pantas mengelak perlanggaran penuh, tetapi Andretti Honda memotong McLaren yang rosak, menyebabkan dia terbang ke arah dinding selekoh dua dengan cara yang dramatik.

Kemudian tayar Kirkwood tercabut pada kelajuan yang tidak masuk akal dalam tayangan semula. Walaupun pada rakaman perlahan, anda dapat melihat bagaimana tayar itu melonjak naik dan melepasi pagar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here