Proton Saga dapat kotak gear Aisin ganti 4AT Hyundai

767

Proton Saga (2023) dikatakan menerima kemas kini teknikal keluaran model Mei. Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada siaran media yang dikeluarkan Proton berkaitan naiktaraf berkenaan.

Menurut rakan media WapCar, sedan tersebut menerima kotak gear baharu 4-kelajuan Aisin menggantikan transmisi jenis sama dari Hyundai. 



Walau bagaimanapun, spesifikasi mekanikal lain masih sama kerana perubahan itu hanya melibatkan pertukaran vendor. Tahun lalu, Proton memperkenalkan Saga facelift MC2 pada harga bermula daripada RM34,400.

Proton Saga MC2 menerima luaran badan yang lebih segar, kabin yang direka semula dan beberapa ciri peralatan baharu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here