“Absorber bocor tak boleh tuntut waranti, gara-gara tukar rim sukan, “pemilik Axia

15218

Kereta baru didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5-tahun atau perbatuan 100,000km (mana tiba dahulu). Ada juga pengeluar menawarkan perbatuan tanpa had.

Jaminan yang diberikan memberikan ketenangan minda buat pemilik sepanjang 5-tahun pemilikan. 



Bagaimanapun, perlu diingatkan waranti tersebut juga boleh terbatal apabila pemilik tidak mematuhi syarat dan terma pihak pengeluar.
 
Seperti mana berlaku pada pemilik Perodua Axia ini. Menggunakan nama akaun Facebook Jay Kundo, MPV miliknya baru berusia dua bulan.
 
Bagaimanapun, absorber belakang Alza miliknya mengalami kerosakan. Sayangnya dia tidak dapat menuntut jaminan pengilang gara-gara menggantikan rim asli 14-inci dengan jenis sukan bersaiz 15-inci. 
 
“Usia kereta baru 2-bulan lebih dengan pemanduan cermat sepanjang tempoh tersebut diduga dgn masalah absorber belakang bocor.
 
“Rujuk SC untuk claim waranti tak boleh sebab katanya dah tukar sports rim saiz 15. Sekadar perkongsian kepada sahabat yang berniat untuk tukar sports rim perlu bersedia dengan risiko seperti yang dihadapi,” kongsi di grub Facebook Perodua Axia D74A 2023 Malaysia.
 
Ketika kejadian MPV miliknya merekodkan perbatuan 5,200km. Jelasnya penggunaan minyak juga lebih jimat berbanding menggunakan rim standard.
 
 
“Bagi saya lagi jimat sebab pakai rim lebih ringan, berat rim saya 4.9kg. Orang lain tak pasti, yang pasti rim saya ori Thai brand Advanti,” tulisnya di ruangan komen. 
 
Ada juga yang berkongsi taktik agar jaminan tersebut tidak terbatal dengan menggantikan semula rim standard apabila melakukan penyelenggaraan di pusat servis Perodua.
 
Namun, Jay Kundo menyatakan sudah menjual rim berkenaan dan tidak menyangka kejadian sedemikian akan berlaku padanya. 
 
“Memang syarat warranty macam tu. Tak boleh tukar sport rim berlainan saiz dari yang asal. Kalau rim asal saiz 14, nak tukar sport rim kena saiz 14 jugak baru warranty masih sah,” komen Ajutan Bingas.

PUNCA WARANTI TERBATAL

Merujuk pada FAQ Perodua, waranti akan terbatal sekiranya pemilik melakukan penyelenggaraan di pusat servis yang tidak sah serta sekiranya berlaku kerosakan disebabkan oleh, atau akibat daripada sebarang pengubahsuaian yang dibuat pada kenderaan. 
 
Ini antara penyebab jaminan pengeluar kenderaan anda akan terbatal:
  • Melakukan servis di bengkel luar yang tidak bertauliah, menggunakan alat ganti asli yang tidak diiktiraf dan minyak pelincir selain daripada saranan.
  • Menukar saiz rim lebih besar juga berisiko waranti terbatal. Apabila saiz rim bertambah, saiz tayar juga meningkat dan menjejaskan diameter keseluruhan tayar. Ini akan membebankan driveshaft, sistem transmisi, brek dan sistem gantungan. Sekaligus memendekkan jangka hayat penggantungan.
  • Mengubahsuai sistem pendawaian elektrik.
  • Pengubahsuaian untuk prestasi dan lumba. Ia melibatkan  komponen enjin, transmisi, sistem penyerap hentak, spring atau apa sahaja komponen asal yang ditukar. 
 
 

2 KOMEN

  1. Dapat dari group axia, tapi post cerita pasal alza.. dekat komen pun ada ckp pasal axia.. abg menulis ni tak buat double check ke? Adoiii

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here