Jaminan kenderaan terbatal jika cabut side mirror di India

398

Mahkamah Tinggi Madras, India baru-baru ini mengarahkan pesuruhjaya pengangkutan Tamil Nadu untuk meminta pengeluar dan pengedar kenderaan meletakkan syarat iaitu jaminan sesebuah kenderaan terbatal jika pelanggan membuang cermin sisi atau cermin pandang belakang.

Arahan itu dikeluarkan setelah peguam bela, Ramkumar Adityan yang mengemukakan permohonan meminta mahkamah mengarahkan pihak berkuasa untuk mendenda penunggang motosikal yang mencabut cermin pandang belakang mereka.

Adityan juga menegaskan bahawa tindakan tersebut menyalahi undang-undang, dan Langkah tersebut perlu dikuatkuasakan bagi memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi dan mengurangkan kemalangan jalan raya. 

“Ramai penunggang tidak sedar bahawa mereka sudah melanggar undang-undang,” kata Adityan. 

Ketua Hakim Sanjib Banerjee dan Hakim Senthilkumar Ramamoorthy mendapati adalah perlu untuk mengarahkan pengedar memastikan kenderaan yang mereka jual dilengkapi cermin sisi.

Justeru, pengeluar kenderaan juga perlu memasukkan klausa yang menyatakan jaminan akan terbatal jika pelanggan membuang cermin pandang belakang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here