PDRM bakal terima 16 dron berkuasa tinggi bagi tingkatkan tahap keselamatan sempadan

1227

Bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan sempadan seluruh negara terutama di kawasan tidak berpagar, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 16 dron berkuasa tinggi yang diluluskan kerajaan pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

dron pdrm

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, kawasan sempadan tidak berpagar itu adalah sejauh 44.55km yang digunakan penyeludup melalui lorong tikus ketika melakukan jenayah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.



Katanya, dron yang bakal diperoleh nanti mampu terbang di udara lebih daripada empat jam dan akan dikawal Pasukan Gerakan Udara (PGU).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim

Bagi memperoleh dron ini, sebanyak RM48 juta diperuntukkan kerajaan menerusi RMKe-12 Rolling Plan Pertama (RT1) melalui proses tender Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tambah Mazlan, sebanyak 175 kenderaan pacuan empat roda (4×4) juga akan diterima PDRM dalam masa terdekat, sekali gus membantu meningkatkan tahap operasi pihaknya di seluruh negara.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here