Tiga model baharu Proton bakal guna enjin 1.5L TGDi, lancar tahun depan

4229

Sebelum ini, Proton membawa media tempatan mengunjungi kemudahan pemasangan trenkuasa 1.5 liter TGDi di kemudahan Tanjong Malim, Perak.

Malaysia menjadi negara kedua selepas China memasang janakuasa tersebut yang mana pengeluaran bermula April lalu. 



Pada pembentangan tersebut, Proton mengesahkan selain X70 dan X50, tiga model baharu akan datang bakal menggunakan janakuasa 1.5 liter turbo yang akan diperkenalkan dalam tempoh 2023 hingga 2024.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah tidak mendedahkan model apakah yang bakal dilancarkan dahulu. 

Ketika Motoqar mengajukan soalan bilakah masa pelancaran dan model yang akan dilancarkan, Roslan enggan berkongsi informasi lebih terperinci.

“Tahun depan bila tidak pasti,” katanya. 

Jika anda melakukan jejak digital, sebelum ini tular di media sosial imej intip SUV 7-kerusi yang digelar sebagai X90 menjalani ujian enduran di jalan raya. Kemungkinan model ini bakal dilancarkan terlebih dahulu. 

Selain itu, dua model baharu yang bakal menjengah pasaran mengikut andaian kami adalah pengganti Exora dan Preve.

DUA PILIHAN ENJIN

Model Proton akan datang akan menggunakan enjin 1477cc 3-silinder DOHC dengan saiz gerek 82mm dan lejang 93.2mm.

Enjin pertama yang ditawarkan adalah 1.5 liter TGDi yang mampu menghasilkan kuasa 130kW @ 5,500rpm dan tork 255Nm @ 1,500rpm. 

Kedua adalah 1.5 liter turbo port fuel injection yang menghasilkan kuasa 110kW @ 5,500rpm, dan tork 226Nm @ 1,500rpm.

Selain itu, Proton juga mengkaji trenkuasa alternatif dan elektrik yang masih dalam pembangunan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here