Anthony Loke buat pemeriksaan mengejut di KLIA2

421

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook melakukan pemeriksaan mengejut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)  sebelum majlis pelancaran ‘Fixed Fare Midnight Flight’ anjuran AirAsia, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anthony Loke memaklumkan pemeriksaan dijalankan bagi melihat keadaan di hab pengangkutan awam di tingkat 1, KLIA 2 selepas mendapat maklum balas daripada orang ramai.



“Ada beberapa kelemahan terutama di ruang menunggu e-hailing yang perlu diperbaiki.
Salah satu satunya ialah lorong jalan yang tidak rata akibat mendapan tanah yang boleh membahayakan pengguna.
 
“Pihak pengurusan telah melantik kontaktor dan kerja menaiktaraf akan dijalankan pada hujung bulan Januari. Sistem pencahayaan juga akan ditambahbaik supaya keadaan pada waktu malam lebih terang,” tulis beliau.
 
Di samping itu, ahli parlimen Seremban itu mengajak semua pemegang saham untuk sentiasa berusaha menambahbaik kemudahan dan menceriakan pengalaman pengguna di lapangan terbang tempatan. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here