Proton S50 (SS11) versi hatchback lakaran terkini oleh Theophilus Chin, pengganti Suprima S?

4517

Proton sebelum ini dilaporkan bakal melancarkan sedan baharu pada 2023 berdasarkan model Geely Emgrand generasi keempat (nama kod SS11). Ia baru dilancarkan di China pada Mei lepas.

Geely Emgrand SS11

Emgrand SS11 dibina menggunakan platform BMA yang juga digunakan oleh Bin Yue (X50). Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar, 1,460 mm tinggi manakala jarak antara gandarnya pula 2,650 mm.

Ia dipacu oleh enjin 1.5-liter turbo 4-silinder yang menjana 114hp dan 147Nm tork. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT, serta mempunyai kelajuan maksima 170km/j.



Jadi jika Bin Yue menjadi Proton X50, mungkinkah Emgrand SS11 ini boleh menjadi hatchback segmen-C terbaharu Proton? Lebih tepat lagi, menjadi pengganti Suprima S.

Ramai yang sedia maklum bahawa Proton bakal memperkenalkan SUV tujuh tempat duduk yang berasaskan Geely Hao Yue/Okavango (X90).

Mungkinkah pengganti Suprima S pula bakal menyusul? Tetapi setakat yang kami tahu buat masa ini, pengeluar nasional itu belum mempunyai perancangan menggantikan hatchback itu.

Lakaran digital terkini oleh pelakar terkenal Theophilus Chin menampakkan gambaran paling jelas model itu.

Apa pendapat anda dengan pengganti Proton Suprima S? Mampu laku keras? Memandangkan trend sekarang ke arah SUV, mungkinkan Suprima akan bergelut untuk bersaing dengan X50?

Pada pendapat kami, Proton Suprima S mempuyai potensi cerah untuk mendapat sambutan baik di pasaran-pasaran eksport seperti Eropah dan Australia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here