Voyah jenama EV China rekod kualiti terbaik, BYD di tangga ke-21

951

Pada 1 September, Rangkaian Kualiti Automobil China mengeluarkan senarai Kedudukan Kualiti Jenama Automobil China (separuh tahun pertama 2023) untuk kenderaan tenaga baharu.

Jenama Voyah Dongfeng merekodkan kualiti terbaik di tangga pertama menerusi 123 poin manakala Deepal Changan berada di tangga terakhir dengan kutipan markah 344 poin.



Semakin rendah markah, semakin tinggi tawaran kualiti produk. Bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2023, sebanyak 34 jenama kereta elektrik (EV) China yang tersenarai.

Jenama yang berada di lima tangga teratas adalah Voyah diikuti ARCFOX dengan 138 poin, Smart (139 poin), Aion (141 poin) dan Hycan (142 poin).

Jenama berkenaan dilaporkan memiliki risiko defek terendah dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Jenama seperti Denza, Zeekr, HiPhi, AITO, Geely Geometry dan Polestar pula tersenarai dalam 20 teratas yang menunjukkan kualiti prestasi yang baik dalam bilangan aduan pelanggan.

Manakala, BYD berada di tangga ke-21 di atas Tesla (China) dengan kelebihan empat mata. Sebaliknya, 11 jenama mendapat markah di bawah purata, termasuk NIO, Jiangling New Energy, Rising Auto, Aiways dan Chery New Energy.

Prestasi NIO agak mengecewakan mengambilkira ia merupakan jenama EV China yang terkenal, tetapi skor kedudukan kualitinya lebih rendah daripada markah purata industri.

Rangkaian Kualiti Automobil China ialah platform pemantauan aduan kualiti kereta di China  menerusi analisis berdasarkan aduan dan kesalahan, risiko defek, kebolehpercayaan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here