smart Malaysia lantik EON Berhad pengedar sah untuk memacu sasaran EV

487

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melantik cabang pemasaran automotif DRB-HICOM, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) sebagai pengedar rasmi smart Malaysia. 

Pelantikan EON sebagai sebahagian daripada keluarga smart Malaysia telah menambah jumlah pengedar elit yang dilantik oleh PRO-NET. Terdahulu, PRO-NET mementerai perjanjian dengan Hap Seng Smart manakala lima lagi pengedar baru bakal diumumkan kelak. 



Kerjasama itu mampu meningkatkan kesedaran jenama EV di Malaysia sebelum pelancaran smart #1 pada suku keempat 2023. 

Sebagai satu pengedar pelbagai jenama terbesar negara yang mewakili jenama automotif terkenal termasuk PROTON, Audi, Mitsubishi dan Volkswagen. Pelantikan EON mencerminkan komitmen PRO-NET untuk menembusi pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia. 

Perkongsian ini mempamerkan satu lagi pencapaian bersejarah bagi PROTON dan kumpulan anak syarikatnya sejak hampir empat dekad lalu. EON mempelopori evolusi industri automotif Malaysia apabila EON dilantik sebagai pengedar kereta PROTON eksklusif dan yang pertama. 

Mendorong wawasan smart Malaysia ke tahap yang lebih tinggi

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan jenama yang kukuh dan dipercayai di dalam industri automotif. 

“Pengetahuan dan pegalaman luas EON ditambah dengan capaian pelanggan DRB-HICOM yang sangat luas akan mewujudkan sinergi ideal. Ia juga mampu mendorong wawasan smart Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. 

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang mempunyai prestasi cemerlang di dalam industri ini untuk memperkenalkan pelbagai produk, perkhidmatan dan pegalaman jenama premium,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengedaran Automotif DRB-HICOM, Akkbar Danial berkata, EON komited untuk menyumbang ke arah kejayaan perkongsian baharu ini. 

“Kami diterajui oleh pasukan dinamik yang mempunyai pengalaman yang luas.

Kerjasama itu memberi kelebihan kepada kami untuk mewujudkan sinergi dengan smart Malaysia bagi memenuhi permintaan untuk smart #1 dalam usaha menghasilkan impak ketara kepada pasaran tempatan,’’ katanya.

Jenama auto terbaru-premium

Pelantikan pengedar baharunya adalah sebahagian daripada strategi smart Malaysia untuk menjadikan jenama auto terbaru-premium, pintar dan elektrik sepenuhnya.

Sebahagian daripada strategi ini ialah memperkenalkan aplikasi pintar yang membolehkan pelanggan memulakan perjalanan digital dan menikmati perkhidmatan dalam talian – daripada mendapatkan maklumat produk sehinggalah kepada membuat pesanan dan pembayaran dengan mudah dan selesa. 

Ia juga menyediakan akses mudah kepada peta pengecasan EV dan kemudahan pengecasan DC. Membolehkan pemilik kereta smart sentiasa memastikan kereta eletrik mereka dicas sepanjang perjalanan. 

Pengedar smart juga dilengkapi dengan sokongan perkhidmatan dan jualan sepenuhnya untuk memberi pelanggan ketenangan fikiran. Selain menawarkan pengalaman premium dan perkhidmatan tambahan lain termasuk perkhidmatan baik-pulih serta pengecasan pantas serta pusat pengedaran. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here