MAN Malaysia anjur penyerahan terbesar trak baharu kepada pelanggannya

672

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd menyerahkan 14 trak MAN Baharu dengan enjin Euro V kepada pelanggan dari seluruh negara sekali gus menjadi acara penyerahan yang terbesar pernah diadakan setakat ini.

Sepuluh daripada syarikat itu adalah pelanggan MAN kali pertama. Ini mencerminkan keyakinan yang kian meningkat di kalangan ahli industri logistik terhadap penyelesaian menerusi trak emisi rendah keluaran MAN.

Ia membabitkan syarikat:

  • Juta Cahaya Gemilang Sdn Bhd
  • Sikap Mawar Sdn Bhd
  • Mekar Angkut Sdn Bhd
  • Pancaran Matahari Logistics Sdn Bhd
  • Zha Pengangkutan Sdn Bhd 
  • SBK Logistics Sdn Bhd
  • L & R Haulage Sdn Bhd
  • AG Sdn Bhd
  • Gamalux Sdn Bhd
  • Gill Logistics Sdn Bhd
  • NX Transport Service (M) Sdn Bhd
  • Rani Transport Sdn Bhd
  • Sidhu Brothers Transport Sdn Bhd
  • Taipanco Sdn Bhd

Pada November 2021, MAN menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang mengorak langkah berani untuk penyedia perkhidmatan pengangkutan di Malaysia dalam usaha ke arah kemampanan dengan menawarkan enjin Euro V sebagai ciri standard bagi seluruh rangkaian produknya.



Selepas lebih setahun kemudian, Trak MAN dengan enjin Euro V mendapat pujian daripada pemilik syarikat dan pemandu trak. 

Bagi pemilik perniagaan, manfaat yang diperolehi dapat dirasakan menerusi prestasi Trak MAN yang terbukti, ekonomi bahan api, penyenggaraan yang lebih rendah.

Selain itu, MAN yakin bahawa elektrik merupakan pemacu masa depan trak dan MAN eTruck yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya akan mula berada di jalan raya di Eropah pada separuh tahun pertama 2024.

Namun,  Naib Presiden Kanan dan Ketua bagi Kawasan Jualan Antarabangsa bagi MAN Truck & Bus SE, Roman Sitte memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan tergesa-gesa untuk membawanya ke Malaysia sehinggalah infrastruktur yang diperlukan serta persekitaran yang sesuai dan insentif oleh kerajaan sudah tersedia.

“Kami mesti memastikan bahawa kami mempunyai produk yang sesuai pada masa yang sepatutnya serta mengatur masa di pasaran supaya bertepatan dengan kitaran inovasi. 

“Sementara itu, enjin diesel, terutamanya varian emisi rendah dengan spesifikasi Euro V ke atas, masih mempunyai kitaran hayat yang panjang. 

Industri pengangkutan kini berada di peringkat peralihan, oleh itu kami akan terus menawarkan produk-produk dengan teknologi termaju yang memberikan fungsi terbaik atau memenuhi keperluan sebenar pelanggan kami,“ katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here