Geely gandakan pegangan saham Aston Martin, ketiga terbesar mendahului Mercedes

276

Proton, Volvo, Polestar, Lotus, Lynk & Co, Zeekr, Geometry, London Electric Vehicle Company, Radar Auto, Farizon Auto dan Ouling Auto antara jenama automotif yang kini di bawah naungan Geely.

Syarikat gergasi automotif itu miliki separuh daripada Smart melalui usaha sama 50:50 dengan Mercedes yang mana ia merupakan salah satu pemegang saham terbesar.



September lalu, Geely membeli 7.6 peratus kepentingan saham dalam Aston Martin Lagonda. Terkini, Geely menggandakan pegangan sahamnya mencapai sekitar 17 peratus.

Geely membelanjakan GBP 234 juta (RM1.3 bilion) dan kini merupakan pemegang saham ketiga terbesar di belakang Lawrence Stroll dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Ia mendahului Mercedes-Benz, tetapi syarikat Jerman itu berkata pada Oktober 2020 akan meningkatkan kepentingan dalam Aston Martin Lagonda kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini. 

Mengikut perjanjian baharu, Geely tidak dibenarkan menambah pegangan saham sehingga Ogos 2024.

Sementara itu, syarikat automotif China tersebut akan diberi kerusi dalam lembaga pengarah dengan melantik pengarah bukan eksekutif kepada Lembaga Pengarah Aston Martin sebagai wakil pemegang saham.

Selain itu, Geely juga akan melantik orang kedua sebagai pemerhati. Bercakap dengan Financial Times, Ketua Eksekutif Geely, Daniel Li berkata dia ‘suka jenama Aston’ dan mahu mewujudkan sinergi.

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan, Lawrence Stroll mengisytiharkan: Geely boleh menawarkan pemahaman mendalam tentang pasaran pertumbuhan strategik utama China serta peluang untuk mengakses rangkaian teknologi mereka.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here